70 cawangan UMNO dakwa salah laku pada pemilihan bahagian Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Kira-kira 70 cawangan UMNO di bahagian Kota Kinabalu mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menyiasat dakwaan salah laku ketika pemilihan bahagian itu baru-baru ini.
Jurucakap kumpulan berkenaan, Dr. Zulfikar Zulkifli mendakwa, pemindahan cawangan ahli UMNO secara haram itu telah menyebabkan ramai ahli tidak dapat mengundi kerana tidak mengetahui cawangan sebenar.
Beliau berkata, pertukaran cawangan yang mempunyai kira-kira 10,000 ahli itu turut melibatkan pertukaran nama calon bagi cawangan tertentu diubah tanpa pengetahuan mereka.
“Ini sudah berlaku sekian lama sehingga menyebabkan ahli ini tidak dapat mengundi kerana tidak mengetahui di mana cawangannya.
“Ini merosakkan hak serta tanggungjawab ahli sehingga tidak dapat mengundi di cawangan berkenaan,” pelakunya,” katanya memetik laporan Borneo Post.
Zulfikar berkata, perkara itu sudah dilaporkan kepada pengetahuan kepimpinan UMNO negeri dan Pusat tetapi tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah itu.
“Kami menggesa JPPM segera menyiasat perkara ini kerana saya percaya ia kesalahan jenayah dan kami mahu mengenal pasti pelakunya,” katanya.
Beliau yang menyatakan kesetiaan teguh kepada parti berkata perkara itu perlu diselesaikan supaya bahagian Kota Kinabalu boleh fokus memberi khidmat kepada rakyat.
“Kami tidak meminta layanan istimewa. Kami hanya mahu pemilihan semula dijalankan secara adil, mengikut peraturan dan undang-undang negara,” katanya.
Sebelum ini, Zulfikar pernah membuat sidang media yang mendedahkan pihaknya menuntut supaya proses pemilihan bahagian itu bagi penggal 2023-2026 diadakan semula secara telus berlandaskan perlembagaan parti.
Ia berikutan proses pemilihan bahagian berkenaan didakwa diadakan secara tidak telus dan berlaku penyalahgunaan serta penyelewangan kuasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








