POLITIK

Tidak perlu ulangi permintaan maaf DAP – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Gesaan supaya DAP memohon maaf kerana menyentuh sensitiviti orang Melayu sebelum ini tidak perlu ditimbulkan lagi kerana isu itu sudah diulangi beberapa kali sebelum ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan maaf tersebut turut menjadi syarat ketika perbincangan membentuk Kerajaan Perpaduan diadakan, dan DAP “bersetuju 100 peratus”

“Mereka (Pemuda UMNO) telah menyatakan perkara ini berulang kali.

“Malah dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun, perkara itu menjadi syarat dan mereka (DAP) bersetuju 100 peratus (dengan kita).

“(Jadi) tidak perlu kita ulangi perkara yang mereka telah persetujui itu,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sejurus melakukan kunjungan ke Pusat Media Pehimpunan Agung UMNO (PAU2023) di WTCKL, di sini hari ini.

Pagi tadi, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengulangi gesaan tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar beliau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button