Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok
KUALA LUMPUR – Semua sekolah kerajaan di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok meskipun keadaan jerebu ketika ini masih memerlukan langkah berjaga-jaga.
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan hari ini berkata, ibu bapa di Selangor boleh menghantar anak ke sekolah mengikut waktu persekolahan biasa.
Bagaimanapun, murid yang hadir digalakkan memakai pelitup muka, terutama mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu, manakala pihak sekolah serta ibu bapa diminta sentiasa memantau perkembangan kualiti udara.
“Murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi mereka yang sensitif terhadap keadaan jerebu.
“Pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga juga disarankan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara dan mematuhi arahan serta langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.
JPN Selangor turut memberi kelonggaran kepada ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak masing-masing untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.
Menurut kenyataan itu, semua pihak juga diminta mematuhi arahan dan langkah keselamatan ditetapkan pihak berkuasa, manakala sebarang perkembangan terkini akan disalurkan menerusi saluran rasmi jabatan serta pihak sekolah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








