BERITA SEMASA

Batu Caves hantar LOD, tuntut Exco Selangor mohon maaf

KUALA LUMPUR – Pengurusan Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Ahli Exco Selangor, V Papparaidu, berhubung kenyataannya mengenai pembinaan eskalator di gua kuil berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Mahamariamman Devasthanam, Tan Sri R Nadarajah berkata, tuntutan itu meminta permohonan maaf tanpa syarat dan aku janji bertulis daripada Papparaidu supaya tidak mengulangi kenyataan kontroversial itu dalam tempoh tujuh hari, memetik laporan Awani.

Peguam yang mewakili kuil, Datuk Selva Mookiah berkata, Kuil Batu Caves diuruskan sebagai amanah kebajikan, bukan milik individu.

“Projek eskalator itu bertujuan membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang tidak mampu menaiki 272 anak tangga ke gua kuil,” katanya lagi.

LOD itu difailkan melalui Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co pada Khamis lepas, selepas Papparaidu dalam hantaran di TikTok memberi gambaran seolah-olah kuil itu milik keluarga Nadarajah, menimbulkan polemik dan kecaman.

Nadarajah berkata, niat pembinaan eskalator adalah murni dan tiada kepentingan peribadi. Pihak kuil juga telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menolak arahan pendaftaran sebagai pertubuhan kerana ia beroperasi sebagai amanah kebajikan di bawah pengawasan Jabatan Peguam Negara.

Dalam sidang media berasingan, Papparaidu mengesahkan menerima LOD menuntut RM1 juta daripada kuil dan bersedia menyelesaikan perkara itu di mahkamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button