
SRJK(T) Jugra anjur Hari Komuniti, galak kemasukan pelajar baharu
KUALA LANGAT – Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tanil Jugra mengadakan sambutan Hari Komuniti bagi mempromosikan kemasukan pelajar baharu untuk sesi persekolahan 2025.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak itu bertujuan menggalakkan lebih ramai ibu bapa mendaftarkan anak mereka di sekolah itu.
Penyelaras Parlimen Hulu Langat, Haridass Ramasamy berkata, usaha pihak sekolah amat baik bagi memastikan sekolah tersebut terus menerima sambutan yang menggalakkan.

“inisiatif seperti ini penting untuk memastikan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil terus relevan dan berkembang,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Haridass turut berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang memberikan sokongan pada program itu.
Beliau menekankan kepentingan kerjasama semua pihak untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan inklusif dapat disediakan kepada generasi muda.

“Saya sangat menghargai usaha yang ditunjukkan oleh pihak sekolah untuk memastikan lebih ramai pelajar mendaftar di SRJKT Jugra. Program seperti ini amat signifikan dalam mempromosikan kepentingan pendidikan Tamil kepada komuniti setempat,” katanya lagi.
Program itu turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan yang menyediakan maklumat mengenai bantuan pendidikan serta pelbagai aktiviti lain yang bertujuan memperkenalkan sekolah kepada bakal pelajar dan ibu bapa.

“Pihak sekolah berharap usaha itu akan membantu meningkatkan jumlah pelajar yang mendaftar untuk sesi persekolahan 2025 dan terus memperkukuhkan peranan pendidikan Tamil di kawasan tersebut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








