Maszlee harap dialog politik suburkan budaya politik matang
JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berharap program dialog politik yang dianjurkan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat membantu membentuk budaya politik yang lebih matang dalam kalangan rakyat.
Menurut beliau, platform dialog memberi peluang kepada pengundi menilai calon berdasarkan merit serta memahami dasar dan hala tuju yang dibawa setiap parti.
“Program seperti ini penting untuk mendidik rakyat membuat pilihan yang terbaik. Saya sentiasa mengimpikan politik baharu dan politik yang lebih matang.
“Di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, malah di negara jiran seperti Indonesia, debat politik menjadi amalan kerana ahli politik perlu memperdebatkan dasar yang dibawa kepada rakyat,” katanya selepas menghadiri Dialog PRN Johor di Auditorium Permata Sari, semalam.
Mengulas mengenai baki tiga hari tempoh berkempen, bekas Menteri Pendidikan itu berkata, fokus utama jentera PH kini adalah meningkatkan peratusan keluar mengundi pada hari pengundian.
“Kadar keluar mengundi yang tinggi amat penting bagi memastikan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya memperoleh mandat yang kukuh daripada rakyat,” katanya lagi.
Turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Dialog PRN Johor tersebut dianjurkan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani dan Sinar Harian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















