POLITIK

Jentera PH Pulau Pinang diarah mula persiapan hadapi PRU

GEORGETOWN – Jentera Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sudah diarah memulakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dengan misi mempertahankan pentadbiran PH pada peringkat negeri dan pusat.

Pengerusi Majlis Pimpinan PH negeri, Chow Kon Yeow berkata, fokus ketika ini adalah pengukuhan dalaman, merangkumi penyusunan semula jentera, strategi gerak kerja serta pemantapan organisasi, lapor BERNAMA.

“Masa berlalu pantas, maka kita perlu mulakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Tahun Baharu Cina PKR Pulau Pinang di Wisma PKR, Bayan Baru, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Mohamad Abdul Hamid yang juga Timbalan Ketua Menteri I dan barisan kepimpinan parti negeri.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyifatkan, misi mempertahankan pentadbiran PH sebagai satu tanggungjawab berat dan tahun ini merupakan tempoh penting bagi memperkukuh kekuatan parti dan menambah baik prestasi pentadbiran.

“Tempoh yang ada semakin singkat, jadi kita perlu mula bekerja sekarang supaya menjelang pilihan raya nanti kita dapat tunjukkan rekod prestasi pentadbiran yang meyakinkan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, keputusan memulakan persiapan lebih awal dibuat dalam mesyuarat awal bulan ini, “dan bukan dipengaruhi faktor politik semasa mana-mana parti lain.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button