BERITA SEMASA

Video tular protes warga Bangladesh disunting guna AI – Polis

KUALA LUMPUR – Video tular memaparkan sekumpulan warga Bangladesh berhimpun dan melakukan protes di Bukit Bintang disahkan rakaman lama sambutan Tahun Baharu pada 1 Januari 2022.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Fadil Marsus berkata, video berkenaan disunting semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Katanya, tiada sebarang perhimpunan membabitkan warga Bangladesh atau mana-mana pihak di Bukit Bintang sepanjang Januari hingga Oktober 2026.

“Isu yang dilaungkan dalam video itu berkaitan isu Commilla di Bangladesh pada tahun sama.

“Latar belakang bangunan Yayasan Selangor yang masih kelihatan lama dan usang turut menjadi petunjuk bahawa video berkenaan merupakan rakaman lama,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak kesahihan sesuatu kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan penyebaran maklumat mengelirukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button