BERITA SEMASA

Malaysia nafi dakwaan bakal ambil 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh 6 bulan

PUTRAJAYA – Kerajaan menafikan dakwaan laporan media Bangladesh kelmarin bahawa Malaysia merancang mengambil 200,000 pekerja dari negara itu dalam tempoh enam bulan akan datang.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, dakwaan tersebut dibuat oleh seorang timbalan menteri negara itu dan tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan negara itu.

BACA JUGA:
Malaysia didakwa akan ambil 200,000 pekerja Bangladesh dalam enam bulan

“Saya ada berhubung dengan Menteri Sumber Manusia mengenai perkara terbabit dan beliau memaklumkan bahawa itu bukan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Bangladesh.

“Ia dikeluarkan oleh seseorang, saya difahamkan seorang timbalan menteri, jadi bukan mewakili keputusan rasmi pihak kerajaan Bangladesh,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.

Laporan media semalam menyebut, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merancang mengambil kira-kira 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Shuhada Othman, bertemu dengan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi, Abdul Moyeen Khan, kelmarin.

Sementara itu, Fahmi berkata, seramai 1,476 pelarian Myanmar yang dikenal pasti untuk dihantar pulang ke negara asal sudah menandatangani dokumen yang menyatakan mereka mahu kembali ke Myanmar secara sukarela.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button