
LUAR NEGARA
PM Bangladesh letak jawatan, tinggalkan negara
DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dilaporkan meletak jawatan dan sudah meninggalkan negara tersebut.
Peletakan jawatan Hasina,76 diumumkan Ketua Angkatan Tentera, Jeneral Waker-Us-Zaman menerusi siaran televisyen, hari ini.
Jeneral Waker turut mengumumkan beliau mengambil alih pemerintahan pada “masa kritikal” dan akan menubuhkan kerajaan sementara.
“Saya bertanggungjawab sekarang dan kita akan bertemu dengan presiden dan meminta untuk membentuk kerajaan sementara,” katanya dalam mesej yang disiarkan secara langsung tersebut.
Laporan Reuters menyebut, Hasina dilihat meninggalkan negara tersebut bersama adiknya menaiki sebuah helikopter tentera, dipercayai menuju ke India.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








