Bangladesh kemuka permintaan rasmi ekstradisi Sheikh Hasina dari India
NEW DELHI – Kerajaan Bangladesh mengesahkan pihaknya mengemukakan permintaan rasmi kepada India untuk mengekstradisi bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, yang dijatuhi hukuman mati berhubung tindakan keras berdarah terhadap kebangkitan pelajar.
Hasina, 78, dilaporkan berlindung di India sejak pemerintahannya digulingkan pada Ogos 2024, susulan kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya yang dianggap autokratik.
Dalam kenyataan pada Jumaat lalu, Menteri Hal Ehwal Luar dalam pentadbiran sementara Bangladesh, Touhid Hossain, memaklumkan bahawa Dhaka sudah menghantar surat rasmi meminta Hasina dipulangkan.
Selepas keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati, Kementerian Luar Bangladesh menegaskan India mempunyai tanggungjawab wajib di bawah perjanjian dua hala untuk memudahcara kepulangan bekas pemimpin itu.
Sepanjang 15 tahun pemerintahannya, Hasina berdepan pelbagai dakwaan pencabulan hak asasi manusia termasuk penahanan tanpa proses undang-undang serta pembunuhan terhadap penentang politik.
Dhaka sebelum ini sudah membatalkan pasport diplomatik Hasina, manakala perjanjian ekstradisi sedia ada antara dua negara itu membuka ruang bagi beliau dibawa pulang untuk menghadapi prosiding jenayah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








