
1,120 pekerja asing tiada pekerjaan, KDN cari ejen bawa masuk
PUTRAJAYA – Sejumlah 1,120 pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini sejak Januari 2023 tidak mempunyai pekerjaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara ini terjadi apabila terdapat ejen pekerjaan yang ‘menyalahgunakan’ kelonggaran yang telah diberikan kerajaan.
“Perkara sebegini memberi kesan kepada rating kita dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang.
“Malaysia berjaya dinaiktaraf ke Tier 2 Pemerhatian menerusi laporan terbaharu itu, namun usaha sedaya mungkin perlu ditumpukan bagi meningkatkan tahap ke Tier 2, jadi kita tidak mahu ini menjejaskan usaha terutama dalam membantera elemen buruh paksa,” katanya.
Saifuddin Nasuiton berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing ke-8, di sini hari ini.
Biarpun kerajaan sudah mempermudahkan urusan pengambilan pekerja asing ke negara ini, namun, masih ada pihak tidak bertanggungjawab mengiklankan pekerjaan di media sosial.
“Perkara itu dapat dikesan dengan cepat oleh Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat hari ini,” katanya lagi.
Tambah Saifuddin Nasution lagi, pihaknya kini sedang mengesan ejen yang membawa masuk pekerja terbabit dan mereka mungkin akan disenarai hitam.
“Kita juga tahu siapa ejen dan siapa majikan itu dan kebanyakan pekerja asing ini dibawa masuk bagi segmen kerja pembersihan dan pencucian,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






