BERITA SEMASA

Bangladesh gesa tutup universiti selepas 6 maut dalam protes ganas

DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh menggesa semua universiti ditutup secara sementara selepas sekurang-kurangnya enam orang maut dalam protes ganas, di sini.

Menurut laporan The New Indian Express, beberapa universiti telah segera bertindak mematuhi arahan itu namun sebahagian yang lain termasuk Universiti Dhaka yang menjadi pusat keganasan masih belum memutuskan sebarang tindakan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Geran Universiti (UGC) telah meminta semua universiti awam dan swasta menangguhkan kelas dan mengosongkan asrama sehingga diberitahu kelak.

Bagaimanapun, permintaan itu dikhuatiri tidak memberi kesan yang signifikan memandangkan universiti di negara tersebut dioperasikan secara autonomi.

Terdahulu, protes yang diadakan bagi menuntut penamatan kuota pekerjaan yang mana 30 peratus daripadanya ditawarkan khas kepada waris veteran perang kemerdekaan Bangladesh 1971.

Protes itu telah berlangsung sejak bulan lalu namun bertukar ganas apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pembantah serta polis di Universiti Dhaka pada Isnin lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button