Warga Bangladesh maut terjatuh ke dalam sungai
IPOH – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.35 pagi.
Menurutnya, mangsa berusia 29 tahun telah ditemui oleh orang awam dalam keadaan lemas sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh tiba di lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa dipercayai menaiki basikal sebelum terjatuh ke dalam sungai.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan size-up dan mengarahkan anggota turun ke sungai bagi mengangkat mangsa menggunakan pengusung serta tali sebelum dibawa naik ke tebing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.
“Selepas siasatan awal dijalankan, anggota membantu menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








