BERITA SEMASA

Seorang lagi mangsa kepala air ditemukan

CHUKAI – Satu lagi mayat bencana kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemui pagi tadi.

Mayat Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, berumur 18 tahun ditemui di belakang Masjid Dadong di sini, kira-kira jam 7.45 pagi.

Ini menjadikan tujuh mangsa ditemui setakat ini dengan tiga lagi mangsa masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Terengganu), Azman Alias, berkata mayat seterusnya bawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih.

Beliau berkata, pasukan pencarian berjaya mengesan seorang lagi mangsa dalam operasi yang memasuki hari ketiga.

“Usaha menjejaki tiga lagi mangsa giat dijalankan,” katanya memetik laporan BH.

Kelmarin, seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan lemas.

Mayat pertama, Azizah Eiyi,40, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari kelmarin diikuti mayat Muhammad Zulqarnain Haikal Karim,11, ditemui tersangkut kira-kira jam 3 petang hari yang sama.

Mayat empat lagi mangsa iaitu Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, dan bapa mereka, Karim Abdullah,39, ditemukan semalam

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button