BERITA SEMASA

2 beranak dikhuatiri lemas dihanyut air deras

KUALA NERANG – Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan air deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Md Zain, 48, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Aminuddin Mad Khozari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.29 pagi sebelum sepasukan bomba digerakkan ke lokasi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan dua mangsa dihanyutkan air deras akibat banjir.

“Kerja mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan menggunakan bot aluminium,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan SAR melakukan pencarian dua beranak yang hilang dikhuatiri lemas.

Terdahulu tular video dan gambar dua beranak tersebut cuba menyelamatkan diri dengan meranduk air deras.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button