JENAYAH & MAHKAMAH

Pemancing hilang di Sungai Pahang ditemukan lemas

KUANTAN – Seorang pemancing yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang berhampiran Kampung Lebak Seberang, Temerloh, Rabu lalu, ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, ditemukan pada pukul 7.05 pagi oleh anggota bomba.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 150 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga yang bermula pukul 6.50 pagi Jumaat di kawasan mangsa dipercayai terjatuh ditamatkan,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Kejadian dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 11.09 malam Rabu lalu, sebelum anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Temerloh digerakkan ke lokasi untuk operasi SAR.

Operasi pada hari pertama dilakukan dengan pencarian di permukaan air sebelum ditangguhkan.

Pencarian diteruskan pada Khamis dengan operasi selaman pertama oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin pada pukul 9.24 pagi, di kedalaman kira-kira 2.5 meter.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button