Pemandu Myvi rentung dalam kemalangan tiga kenderaan
KULAI – Seorang maut dalam kebakaran kereta dinaikinya selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kereta dan sebuah treler di Kilometer 33.3, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini malam tadi.
Mangsa yang rentung dalam kebakaran itu belum dikenal pasti manakala seorang penumpang perempuan dewasa berusia 32 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun menaiki Perodua Myvi berkenaan cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.24 malam dan anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 11.53 malam.
“Mangsa lain dikeluarkan orang awam sebelum anggota Bomba tiba di lokasi kejadian.
“Mangsa yang rentung pula dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dua lelaki dewasa berusia 18 dan 22 tahun yang menaiki Proton Iswara cedera manakala seorang lelaki berusia 33 tahun iaitu pemandu treler tidak cedera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








