Mangsa tembak pernah disiasat berkenaan pengedaran dadah
SHAH ALAM – Lelaki yang ditembak mati dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Mesra, Klang dekat sini baru-baru ini, pernah disiasat berkenaan pengedaran dadah.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, semakan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 26 tahun itu turut mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah.
Katanya, ini termasuk dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya.
“Bagi Seksyen 39B, mangsa telah dibebaskan selepas siasatan mendapati tiada kaitan.
“Siasatan juga mendapati siasatan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.
Sehubungan itu, tambahnya, siasatan kini dilakukan secara menyeluruh termasuk berkaitan kes kongsi gelap, gengsterism dan perebutan kawasan berkaitan dadah.
“Kita tidak menolak mana-mana teori dan sedang dipertimbangkan selain tidak wajar dan adil menjurus kepada salah satu perkara berkenaan termasuk perebutan kawasan dadah,” katanya.
Shazeli turut menambah, hasil bedah siasat menunjukkan suspek mati selepas terkena lima das tembakan pada bahagian dada menggunakan pistol pada jarak dekat.
Namun katanya, tiada tangkapan mana-mana suspek setakat ini.
“Kes ini masih baru dan status termasuk tindakan polis untuk menentukan motif kejadian serta suspek-suspek terlibat,” katanya.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang lelaki ditemukan maut akibat ditembak di dalam sebuah pacuan empat roda dengan polis menerima maklumat pukul 8.30 malam pada 29 November berhubung kejadian itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








