Kes pelajar kejar rakan dengan pisau, bapa tampil buat laporan polis
ALOR GAJAH – Bapa kepada pelajar lelaki yang mengejar tiga rakannya dengan sebilah pisau pemotong kertas di sebuah sekolah menengah di Durian Tunggal, kelmarin, tampil membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar, laporan dibuat oleh lelaki berusia 45 tahun itu pada pukul 6.24 petang semalam mendakwa anaknya yang berusia 13 tahun menjadi mangsa buli.
BACA JUGA:
Pelajar dakwa dibuli kejar rakan dengan pisau pemotong kertas
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan bagi menentukan sama ada benar berlaku unsur buli seperti didakwa.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam satu media di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, petang semalam.
Beliau berkata, pihaknya kini menerima dua laporan iaitu daripada guru kaunseling dan bapa pelajar berkenaan.
Beliau memaklumkan semakan awal mendapati, sekolah berkenaan tidak mempunyai rekod kes buli atau masalah disiplin yang serius sebelum ini, manakala insiden tersebut merupakan kejadian pertama direkodkan.
Laporan media semalam menyebut, tiga pelajar didakwa berdepan detik cemas apabila dikejar seorang rakan bersenjatakan pisau pemotong daging di sebuah sekolah menengah di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


















