BERITA SEMASA

Pelakon veteran Jalil Hamid meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Dunia seni tanah air hari ini kehilangan sebutir permata apabila pelakon veteran, Jalil Hamid, disahkan meninggal dunia ketika dalam tidur tengah hari tadi.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anaknya, Afiqah Jalil, menerusi satu hantaran ringkas di laman Instagram.

“Abah telah kembali ke rahmatullah,” katanya ringkas dalam perkongsian tersebut.

Menurut Afiqah, jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

Difahamkan, Allahyarham sebelum ini mempunyai sejarah penyakit jantung.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada industri seni tempatan, khususnya dalam bidang lakonan.

Jalil memulakan kerjaya seni sejak dari era 1980-an dengan pelbagai watak versetil dan terlibat dalam bidang pengarahan dan produksi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button