BERITA SEMASA

Pegawai MOF ditemukan meninggal dunia di pejabat

PUTRAJAYA – Seorang pegawai perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) ditemukan meninggal dunia di pejabatnya, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, lelaki berusia 45 itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, lelaki berusia 45 itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’.

“Kita menerima laporan mengenai kejadian itu melalui panggilan kecemasan MERS 999 daripada orang awam pada pukul 10.56 pagi, sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, petang tadi.

Pemeriksaan awal di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dan jasad mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.

Dalam perkembangan berkaitan, MOF dalam satu kenyataan turut mengesahkan terdapat satu insiden kematian di kompleksnya.

Kata kenyataan itu, pihak keluarga dan waris telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak berkuasa.

“MoF turut berdukacita dengan kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga waris.

“Pihak kementerian memberi kerjasama penuh dan menyerah perkara ini kepada polis untuk siasatan,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button