Peserta Langkawi Legendary Ride 2025 maut kemalangan
LANGKAWI – Seorang peserta Langkawi Legendary Ride (LLR) 2025 maut setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta kira-kira pukul 8.45 pagi di Jalan Kuala Muda, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Low Beng Seng,28, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila mangsa dalam kumpulan pelumba kategori 68 kilometer (km) (Eagle Ride), dipercayai cuba mengelak daripada bergesel dengan peserta lain.
“Namun, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shariman menambah, jasad mangsa mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Maliha, untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Untuk rekod, LLR yang memasuki edisi kelima pada tahun ini menarik penyertaan 1,200 pelumba dari dalam dan luar negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








