LUAR NEGARA

Kebakaran hutan: 10 anggota bomba maut, 14 lagi cedera ketika operasi pemadaman

ANKARA – Seramai 10 anggota bomba terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam operasi memadamkan kebakaran hutan di wilayah Eskisehir, tengah Turkiye semalam.

Menurut Reuters, 24 anggota bomba itu terperangkap dalam kebakaran apabila angin tiba-tiba berubah arah dan meniupkan api ke arah mereka.

Mereka segera dihantar ke hospital, namun 10 daripada mereka disahkan maut, manakala 14 lagi masih menerima rawatan.

“Mereka memadamkan api dari arah bukit, manakala kami dari bawah,” kata anggota bomba Ercan Temel yang menyaksikan kejadian itu kepada agensi berita Ihlas.

“Mereka cuba melarikan diri dengan berlari ke atas bukit, tetapi tidak sempat,” katanya.

Pasukan bomba dan penyelamat bertungkus lumus sejak kelmarin untuk mengawal kebakaran di daerah Seyitgazi, Eskisehir.

Sementara itu, Menteri Kehakiman, Yilmaz Tunc dalam satu hantaran di akaun X miliknya berkata, pihak pendakwa raya sudah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Yumakli turut memaklumkan, tujuh kebakaran hutan masih aktif di lima wilayah tengah dan barat Turkiye setakat semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button