[VIDEO] Anak sulung Amyza Aznan meninggal dunia
CYBERJAYA – Anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Berita duka tersebut dimaklumkan sendiri Amyza, 51, dalam hantaran di akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Assalammualaikum, dengan dukacita anak saya Andre Mikhail Khairil Izhar telah pulang ke negeri yang abadi.
“Minta semua sedekahkan al-Fatihah kepada anak saya,” katanya dalam InstaStory.
Bagaimanapun, Amyza tidak memperincikan maklumat mengenai pengebumian jenazah.
Semalam, Amyza merayu seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.
Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















