BERITA SEMASA

Bekas komando meninggal dunia selepas 3 tahun berjuang melawan penyakit kanser

KUALA LUMPUR – Bekas komando, Mohd Azuan Asmuni meninggal dunia jam 5.20 petang semalam selepas lebih tiga tahun berjuang melawan kanser.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh isterinya Salwani Suhaida menerusi satu hantaran dalam lama media sosialnya yang memohon orang ramai yang mengenali Allahyarham agar menyedekahkan doa dan bacaan al-Fatihah buat arwah.

Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor jam 11 pagi hari ini.

Isteri Allahyarham turut memohon agar segala kesalahan dan kesilapan arwah sepanjang hayatnya dimaafkan.

“Jika arwah ada berhutang, harap dihalalkan atau boleh dituntut daripada kami ahli keluarga arwah,” menurutnya.

Kisah mengenai Azuan tular di media sosial selepas sering membuat siaran langsung di media sosial mengenai perjuangannya melawan kanser.

Beberapa bulan lalu, Allahyarham turut mengemaskini keadaan dirinya yang disahkan tiada lagi rawatan oleh pihak doktor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button