Jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah akibat serangan jantung
MEKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci selepas dipercayai mengalami serangan jantung.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan memaklumkan, jemaah lelaki berusia 55 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, di sini pada pukul 8.01 pagi semalam.
Menurut TH, Allahyarham berasal dari Cheras dan hadir menunaikan ibadah haji bersama isteri serta empat ahli keluarga lain.
“Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat Asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea,” menurut kenyataan itu hari ini.
Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Al Kiswah Hotel di Mekah sepanjang berada di Tanah Suci.
Setakat ini, tiga jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia sepanjang musim haji 2026.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








