BERITA SEMASA

Bekas Mufti Perlis meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Berita sedih itu disampaikan oleh anaknya, Dr Fathul Bari dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Ayahanda saya Mat Jahya Hussin baru sahaja meninggal dunia. Mohon doakan kebaikan, pengampunan dan rahmat untuk beliau di akhirat sana,” katanya.

Allahyarham Mat Jahya berkhidmat sebagai Mufti Perlis dari 1984 sehingga 2006.

Kedudukan beliau sebagai mufti digantikan oleh Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin setelah beliau bersara wajib.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button