BERITA SEMASA

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas rebah di padang

GEORGETOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Isham Shahruddin meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, di sini, petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Allahyarham yang juga bekas pemain bola sepak sempat menerima rawatan awal di lokasi selepas beraksi bersama bekas pemain kebangsaan dari Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Bagaimanapun, beliau disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Rakannya, Mohd Zakaria Mohamad, yang juga bekas pemain bola sepak Perak, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media.

“Beliau rebah secara tiba-tiba selepas perlawanan dan pasukan perubatan segera memberikan bantuan awal, namun beliau tidak dapat diselamatkan,” katanya lagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rozlita Abdullah, serta empat orang anak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button