JENAYAH & MAHKAMAH

Pelajar Tingkatan Empat maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika ambil wuduk

SIBU – Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala seorang lagi pelajar Tingkatan Tiga cedera parah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk di sebuah sekolah menengah di Daro, Bahagian Mukah, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos, pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8 malam ketika tiga pelajar lelaki berada di kawasan mengambil wuduk, lapor BERNAMA.

Tambah beliau, mangsa berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 15 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Daro sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahim berkata seorang lagi pelajar lelaki berusia 15 tahun yang turut berada di lokasi kejadian, baimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau menambah, pihak Sarawak Energy telah dimaklumkan untuk memutuskan bekalan elektrik bagi memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.

Katanya jasad mangsa dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut, manakala kes masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button