
Mat Landon meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Menerusi hantaran facebook anaknya Salmany Akir Ahmad kira-kira 6.30 pagi tadi, beliau memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir jam 5.57 pagi.
“Sesudah laungan azan subuh…..papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi jumaat,” katanya.
Mat London sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur HKL sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.
Dalam tempoh rawatan, pelakon itu bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen dan berada di wad pengasingan Unit Rawatan Rapi (ICU).
Selain itu, Allahyarham juga mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain yang turut menjejaskan kesihatannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















