BERITA SEMASAHIBURANLUAR NEGARA

Pelakon watak Beast dalam Kung Fu Hustle meninggal dunia

HONG KONG – Pelakon filem kung fu, Bruce Leung Siu-lung dilaporkan meninggal dunia 14 Januari lalu pada usia 77 tahun.

Berita pemergian mendiang disahkan sendiri oleh rakan keluarga mendiang, lapor Sing Tao Headlines.

Beliau yang enggan dikenali berkata, pihak keluarga mendiang sedang menguruskan pengebumian secara sederhana dengan upacara dijadualkan berlangsung pada 26 Januari di Longgang, Shenzhen, wilayah Guangdong di selatan China.

Mendiang dikenali kerana lakonannya sebagai Chen Zhen dalam siri televisyen The Legendary Fok dan Fist of Fury.

Bagaimanapun, watak beliau sebagai ‘Beast’ dalam filem Kung Fu Hustle arahan Stephen Chow lebih mencuri tumpuan dan diingati oleh ramai peminat filem di seluruh dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button