JENAYAH & MAHKAMAH

Ibu temukan jasad anak tidak bernyawa dalam kereta

KUALA LUMPUR – Luluh hati seorang ibu apabila dia menemukan jasad anak yang sudah tidak bernyawa dalam sebuah kereta ketika mahu ke tempat bekerja, hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 7.52 pagi.

Mohamad Lazim berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Danau Kota, Setapak.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan simati dan tidak juga mengesan unsur jenayah di lokasi kejadian setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jasad mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button