Bapa Dr Akmal meninggal dunia pagi tadi
MELAKA – Bapa kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meninggal dunia akibat sakit tua, pagi tadi.
Berita pemergian Allahyarham Saleh Lempah, 66, diumumkan sendiri Dr akmal dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Dalam hantaran itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Allahyarham bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.10 pagi tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kesayangan kami, Cikgu Saleh bin Lempah, telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
“Mohon doakan agar ayahanda kesayangan kami diampunkan dosanya dan ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Tambah Dr Akmal, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ar-Rahim, Merlimau, Jasin selepas solat Jumaat.
Sejak akhir bulan lalu, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu telah berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot, dan meminta orang ramai yang mengenalinya supaya mendoakan insan kesayangannya itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















