SUKAN

Harry Kane dinobat pemain terbaik Ballon d’Or 2026

LONDON – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane menamatkan penantian 25 tahun England apabila dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or 2026, sekali gus muncul pemain England pertama memenangi anugerah berprestij itu sejak Michael Owen pada 2001.

Kane, 33, menerima pengiktirafan berkenaan selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2025/2026 dengan meledak 73 gol dalam 65 penampilan bersama Bayern Munich dan skuad kebangsaan England.

Kejayaan itu turut didorong sumbangannya membantu Bayern Munich meraih kejuaraan Bundesliga dan Piala Jerman, selain membawa England menamatkan saingan Piala Dunia 2026 di tempat ketiga.

Pada majlis anugerah yang berlangsung di London Palladium, Isnin lalu, Kane mengetepikan pencabar utama termasuk penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe yang menduduki tempat kedua, manakala bintang muda Barcelona, Lamine Yamal di tempat ketiga.

Kane turut meraih Trofi Gerd Muller sebagai penyerang terbaik lelaki selepas mencatat jumlah jaringan yang mengagumkan sepanjang musim lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Kane menjadi pemain England kelima memenangi Ballon d’Or selepas Stanley Matthews (1956), Bobby Charlton (1966), Kevin Keegan (1978 dan 1979) serta Owen (2001).

Sementara itu, pemain tengah Sepanyol, Alexia Putellas memenangi Ballon d’Or wanita buat kali ketiga, menyamai rekod kemenangan terbanyak dalam kategori berkenaan.

Majlis edisi ke-70 itu turut mencatat sejarah apabila diadakan di luar Perancis buat kali pertama, sebagai penghormatan kepada Matthews yang memenangi anugerah sulung berkenaan pada 1956.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button