
Harry Kane cipta sejarah, muncul penjaring terbanyak England di Piala Dunia
NEW JERSEY – Penyerang England, Harry Kane, terus mengukir nama dalam sejarah bola sepak negaranya apabila muncul penjaring terbanyak England di pentas Piala Dunia selepas menjaringkan gol ketika membantu England menewaskan Panama 2-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di MetLife Stadium pagi tadi.
Kemenangan itu turut mengesahkan England mara ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan.
Satu lagi gol England dijaringkan oleh Jude Bellingham.
Kane meledak gol menerusi tandukan hasil hantaran lintang Bellingham, sekali gus mengumpul 11 gol Piala Dunia, memintas rekod legenda England, Gary Lineker, yang sebelum ini menjaringkan 10 gol dalam kejohanan itu.
Gol tersebut juga menyaksikan Kane kini memiliki 18 gol dalam kejohanan utama antarabangsa bersama England.
“Saya amat berbangga. Piala Dunia adalah kejohanan terbesar yang kami sertai sebagai pemain profesional. Mencapai 11 gol adalah satu pencapaian yang sangat bermakna,” kata Kane.
Penyerang berusia 32 tahun itu sebelum ini menyamai rekod Lineker selepas menjaringkan dua gol ketika England menewaskan Croatia 4-2 dalam aksi pembukaan kejohanan.
Rekod terbaharu itu turut menyaksikan Kane menyamai jumlah 11 gol Piala Dunia yang pernah dicatat legenda Jerman, Jurgen Klinsmann, dan legenda Hungary, Sandor Kocsis.
Kane kini turut berada dalam persaingan merebut Kasut Emas Piala Dunia buat kali kedua.
Beliau telah menjaringkan lima gol dalam edisi kali ini, hanya ketinggalan dua gol di belakang Lionel Messi, manakala Kylian Mbappe, Erling Haaland, Ousmane Dembele dan Vinícius Junior masing-masing mengumpul empat gol.
Selepas muncul juara kumpulan, England dijadual bertemu pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan I atau K pada pusingan 32 terbaik, dengan Senegal atau DR Congo dijangka menjadi lawan mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













