United dijangka hadapi misi sukar dapatkan khidmat Harry Kane
MANCHESTER – Manchester United dijangka akan menghadapi misi sukar dalam mendapatkan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menjelang jendela perpindahan yang akan dibuka selepas tamatnya musim ini.
Perkara berkenaan susulan sikap Pengerusinya, Daniel Levy yang sukar dirunding.
Menurut laporan Manchester Evening News, seorang sumber yang sebelum ini bekerja bersama Levy berkata, pengerusi itu secara berseloroh pernah berkata, United harus ‘membunuhnya’ seandainya mahu mendapatkan Kane.
Rentetan daripada itu, United yang menduduki tangga ketiga liga selepas menewaskan Chelsea 4-1 semalam enggan menyerah kalah dalam mendapatkan khidmat Ketua Pasukan England itu.
Kane,29, dilaporkan akan meninggalkan Spurs selepas kelab berkenaan dilihat bergelut untuk mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UEFA) musim hadapan.
Sementara itu, pengendali United, Erik ten Hag, dikatakan mempunyai ‘plan B’ sekiranya gagal mendapatkan khidmat penyerang yang telah meledak 30 gol itu musim ini.
Menurut laporan media antarabangsa, Manchester dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Napoli dari Nigeria, Victor Osimhen yang membantu pasukan berkenaan meraih gelaran Serie A sejak kali terakhir pada 1990.
Namun, perkara tersebut tidak mudah susulan harga yang perlu dibayar dianggarkan sekitar 130 juta pound (RM738.45 juta).
Penyerang kedua adalah pemain Atalanta, Rasmus Hojlund,20, yang mempunyai rekod lapan gol dalam saingan liga daripada 18 perlawanan disertainya musim ini.
Selain itu, bintang Eintracht Frankfurt, Randal Kolo Muani juga menjadi tumpuan selepas menjaringkan gol ketika separuh akhir Piala Dunia di Qatar dan mempoleh musim kukuh di saingan Bundesliga, menjaring 14 gol dan membantu 13 jaringan.
Bintang Ajax, Mohammed Kudus, 22 dan tonggak Benifca, Goncalo Ramos, 21 juga berkemungkinan menjadi sasaran ten Hag untuk musim hadapan.
Yang terkahir, bintang Brighton, Evan Ferguson namun pemindahan pemain remaja itu hampir pasti tidak dapat dilakukan memandangkan dia mengikat lanjutan kontrak bersama kelab berkenaan pada bulan lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








