BERITA SEMASA

MU tewaskan Chelsea 4-1, layak ke Liga Juara-Juara Eropah

MANCHESTER – Manchester United berjaya melakar kemenangan 4 – 1 ke atas Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana pagi tadi sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Erik ten Hag kini menduduki tangga ketiga liga dengan baki satu perlawanan sahaja lagi.

Kedudukan itu membolehkan United kekal dalam kelompok empat teratas liga dan mengesahkan slot ke pertandingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

Selain United, kelab lain yang turut mewakili England ke pertandingan tersebut ialah Manchester City, Arsenal dan Newcastle United.

Ten Hag berkata, Manchester United kembali ke tempat sepatutnya selepas menewaskan Chelsea 4-1 untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah

“Saya rasa ia musim yang berjaya tetapi ia belum berakhir. Kelab ini berhak berada dalam Liga Juara-Juara, tetapi liga ini sangat kuat dengan banyak kelab bersaing untuk kedudukan ini.

“Sasaran utama musim ini ialah kembali ke Liga Juara-Juara. Ia perlawanan yang sukar, dibarisi pasukan-pasukan dengan skuad yang amat bagus, pengendali yang hebat, jadi anda melakukan kerja yang bagus (untuk layak).

“Buat masa sekarang ia sudah sampai ke kemuncak tetapi kami mahukan lebih lagi,” kata Ten Hag.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button