Man United tumpas lagi, dibelasah Man City 3-0
MANCHESTER – Manchester City membelasah seteru tetangga, Manchester United, 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadim Etihad malam tadi.
Dalam pertembungan itu Erling Haaland sekali lagi menjadi watak utama apabila meledak dua gol.
Terdahulu Phil Foden membuka jaringan seawal minit ke-18 selepas menanduk hantaran silang Jeremy Doku.
Aksi lincah Doku yang berjaya menembusi benteng United membolehkan hantaran keduanya ditampan kemas oleh Foden untuk gol pembukaan.
Haaland, yang kini mengumpul tujuh gol hanya dalam seminggu bersama kelab dan negaranya, menambah derita United pada minit ke-53.
Bermula dengan kekuatan Doku yang mengatasi Lenny Yoro sebelum melorongkan bola, penyerang Norway itu tenang menolak masuk melepasi James Trafford.
Bintang berusia 25 tahun itu kemudian melengkapkan dua jaringannya pada minit ke-68.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








