Fattah Amin titip ucapan romantik buat Amira Othman sempena hari lahir ke-33
KUALA LUMPUR – Luahan penuh kasih sayang seorang suami terhadap isterinya mengundang perhatian apabila pelakon Fattah Amin menitipkan ucapan istimewa buat Amira Othman yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33.
Menerusi hantaran di Instagram, Fattah menyifatkan kehadiran Amira dalam hidupnya sebagai sesuatu yang amat disyukuri, terutama ketika dirinya memerlukan sokongan dan kehadiran insan tersayang.
“Selamat Hari Lahir isteri syurgaku. Terima kasih hadir di saat saya memerlukan kamu. Semoga Allah pelihara kamu dan rumah tangga kita hingga ke syurga,” tulisnya.
Pelakon itu turut menceriakan ucapan berkenaan dengan pantun bersahaja dalam bahasa Inggeris dan Melayu, selain menyampaikan ungkapan cinta kepada isterinya.
“Jap, saya nak bagi pantun. Pen merah pen biru, hidup I best bila ada you. I love you ayang,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Fattah turut berkongsi momen meraikan hari istimewa Amira dalam sebuah majlis tertutup bersama kenalan rapat mereka.
Hantaran berkenaan turut menerima reaksi positif apabila rakan selebriti dan netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan selamat hari lahir serta doa buat penyanyi itu.
Untuk rekod, Fattah dan Amira sah bergelar suami isteri pada 14 September 2025 menerusi satu majlis pernikahan tertutup di Golden Palm Tree Resort, Sepang, dengan tarikh berkenaan dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








