Fattah Amin mohon doa, isteri masuk hospital
KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat selepas memuat naik gambar katil hospital menerusi Instagram Story, sambil meminta orang ramai mendoakan isterinya, penyanyi Amira Othman.
“Doakan isteri syurga saya,” tulis Fattah ringkas tanpa menjelaskan keadaan sebenar Amira, sekali gus mencetuskan kebimbangan peminat yang mengikuti perkembangannya.
Tinjauan di Instagram Amira mendapati pasangan itu sempat menghadiri sebuah acara bersama sebelum penyanyi berkenaan memuat naik gambar tangannya yang sedang menerima drip, dengan kapsyen:
“Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira.”

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen untuk menitipkan doa agar Amira segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan, lebih-lebih lagi dengan jadualnya yang perlu ke luar negara.
Fattah dan Amira melangsungkan perkahwinan pada 14 September lalu dan sejak itu sering berkongsi perkembangan kehidupan mereka sebagai pasangan selebriti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








