
Tangan bayi membengkak, bernanah; Hospital Melaka diarah siasat
MELAKA TENGAH – Hospital Melaka diarahkan supaya menyiasat dakwaan menegani kejadian tangan seorang bayi berusia dua bulan yang mengalami bengkak dan bernanah ketika menerima rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk memulakan siasatan secepat mungkin.
“Saya ada baca di media sosial, yang mana seorang individu bernama Mohamad Izwan mendakwa berlaku kecuaian oleh kakitangan Hospital Melaka ketika memberikan rawatan.
“Sebagai Exco, saya telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka buat siasatan tentang perkara ini,” katanya kepada portal Buletin TV3 ketika dihubungi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran yang menjadi tular di media sosial semalam yang mempersoalkan tindakan doktor hospital sehingga tangan bayi berusia dua bulan itu membengkak sehingga bernanah.
Menerusi hantaran berkenaan, pemilik akaun menggunakan nama Mohamad Izwan mendakwa sudah 11 hari anak saudaranya berada di wad hospital dan bahagian tangan yang dimasukkan jarum masih membengkak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






