JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki disyaki rogol anak kandung berusia 13 tahun

RANAU – Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol anak kandungnya yang berusia 13 tahun dalam kejadian di sebuah kampung di daerah ini.

Suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan semalam, selepas ibu saudara mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa anak saudaranya telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri.

“Kejadian dipercayai berlaku pada jam 2 pagi 20 September lalu, apabila suspek telah masuk ke bilik tidur dan melakukan hubungan seks terhadap mangsa tanpa kerelaan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa tinggal bersama bapa kandung dan ibu tirinya. Kejadian berlaku semasa ibu tiri mangsa berada di luar daerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, susulan kejadian itu suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button