BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan dua lelaki, dadah bernilai RM1 juta dirampas di Seberang Perai Tengah

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam satu operasi yang dijalankan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, hasil operasi, polis merampas dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 6,155 gram bernilai kira-kira RM1 juta

Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki tempatan berusia 33 dan 41 tahun semalam menerusi dua tangkapan berasingan di sekitar Bukit Mertajam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan turut mempunyai rekod jenayah serta kesalahan berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button