Lelaki dirakam laku aksi tak senonoh dengan kucing direman 7 hari
PASIR PUTEH – Polis mereman seorang lelaki selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan tidak senonoh yang melibatkan seekor kucing, di Selinsing di sini.
Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Datuk Nik Azlan.
Terdahulu, suspek berusia 49 tahun itu ditahan pukul 10 pagi semalam berikutan laporan polis mengenai penularan satu video berdurasi 56 saat di media sosial.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek yang belum berkahwin mempunyai tiga rekod jenayah lampau, termasuk kesalahan dadah dan pecah rumah.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Video tular tersebut telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan serta orang ramai yang mendesak supaya tindakan undang-undang diambil terhadap suspek.
Polis turut mengesahkan sedang menyiasat dakwaan bahawa suspek mempunyai masalah kesihatan mental.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





