Polis tahan pelajar susulan penemuan jasad bayi dalam rumah sampah
KUALA LANGAT – Polis menahan seorang penuntut wanita berusia belasan tahun susulan penemuan jasad bayi yang dibalut kain dalam rumah sampah asrama sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), di sini tengah malam tadi.
Menurut Ketua Polis Kuala Langat, Akmalrizal Mohd Radzi, suspek dipercayai ibu kepada bayi malang berkenaan.
“Suspek adalah seorang penuntut wanita berusia belasan tahun yang dipercayai ibu bayi berkenaan dan dia sudah ditahan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, penemuan jasad itu dilaporkan kepada polis kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi oleh seorang lelaki tempatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















