JENAYAH & MAHKAMAH

Polis giat kesan suspek pecah kereta Teresa Kok

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam insiden pecah kereta dan kecurian yang melibatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara, dekat Taman Tun Dr Ismail, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 malam, hari kejadian.

BACA JUGA:
Teresa Kok kerugian hampir RM2,000 kereta dipecah masuk ketika berjoging

Beliau menambah, Teresa memaklumkan kejadian dipercayai antara pukul 6.15 petang hingga 7 malam ketika beliau bersenam di taman rekreasi berkenaan dan meletakkan kenderaan di petak parkir dalam keadaan berkunci.

“Selepas selesai bersenam, pengadu mendapati cermin hadapan sebelah kiri kenderaan pecah dan beg tangan miliknya hilang.

“Beg tangan itu mengandungi dokumen, telefon bimbit serta wang tunai dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM6,500,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Firdaus memberitahu, pemeriksaan ke atas kereta tersebut berjaya menemukan tiga cap jari.

“Semua cap jari yang ditemui sudah dihantar ke BIOFIS Bukit Aman bagi tujuan mengenal pasti suspek,” katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button