JENAYAH & MAHKAMAH

Amuk di restoran, polis tahan lelaki

JITRA – Pihak polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun kerana mengamuk dan bertindak agresif di sebuah restoran, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, lelaki itu dipercayai mengalami masalah mental.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.34 malam, apabila tindak-tanduk lelaki itu menyebabkan ada pelanggan yang berasa ‘tidak selesa’.

“Disebabkan itu, pekerja restoran bertindak menegur lelaki terbabit.

“Bagaimanapun lelaki itu mengamuk dan bertindak agresif,” katanya, hari ini.

Tambahnya, salah seorang pelanggan kemudiannya menghubungi polis sebelum suspek diberkas.

Hasil siasatan mendapati, lelaki itu mengalami masalah mental dan akan dirujuk ke Hospital Psikiatri Hospital Alor Setar (HSA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button