
Polis sahkan dua anggotanya gugur dalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram
JOHOR BAHRU – Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki bertopeng yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar yang mengesahkan kejadian itu turut berkata, suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.
Difahamkan, suspek terbunuh selepas berbalas tembakan dengan anggota lain yang berada di balai berkenaan ketika kejadian.
Beliau berkata, dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital berkenaan.
Menurutnya, pihaknya menyesali kejadian yang berlaku dan siasatan masih dijalankan.
Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2.45 pagi tu, seorang suspek bertopeng dan berpakaian gelap dipercayai menyerang balai polis itu dengan parang.
Suspek kemudiannya bertindak mencederakan dua anggota yang bertugas, dan merampas dua laras senjata api, iaitu sepucuk pistol Walther P99 dan selaras HK MP5, lalu melepaskan tembakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







