Zamri Vinoth, Tamim Dahari direman 2 hari – Polis KL
KUALA LUMPUR – Polis KL mengesahkan penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth dan Pengasas TanahMalaya.Com, Tamim Dahari Abdul Razak, yang ditahan di sini malam tadi, direman selama dua hari.
Ketua Polis KL, Datuk Fadil Marsus berkata, tempoh reman ke atas kedua mereka itu dibenarkan bermula hari ini bagi tujuan membantu siasatan.
Terdahulu, polis mengesahkan Zamri dan Tamim Dahari antara 19 ditahan pihaknya malam tadi di lokasi sekitar pusat beli-belah Sogo yang dijadual berlangsung himpunan GARAH.
Fadil dilaporkan sebagai berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima pemakluman penganjuran himpunan daripada pihak penganjur terdiri daripada gabungan pendakwah bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
“Setelah pertimbangan dan risikan keselamatan, pihak polis tidak membenarkan penganjuran perhimpunan ini diadakan.
“Pihak polis turut menerima 131 laporan polis berhubung perhimpunan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Susulan itu, polis menjalankan tangkapan seramai 19 orang terdiri 15 lelaki dan empat wanita termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari di mana kesemua mereka berusia 30 hingga 64 tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




















